PBT

PBT digesa atasi kelemahan dalam perancangan bandar

 

 

 

PIHAK
berkuasa tempatan (PBT) di negara ini diminta agar memberi perhatian
kepada kelemahan dalam isu perancangan bandar yang menjurus pembangunan
semata-mata.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu
program di Kuala Lumpur pada Khamis berkata, perhatian dan penyelesian
terhadap isu pembangunan tidak seimbang itu perlu segera diselesaikan
sekali gus memenuhi keperluan penduduk bandar.
 
“Kita lihat
umpamanya keadaan tidak terkawal dan lebih parah bila ada kesenjangan
kerana kota juga menzahirkan kawasan sesak, kawasan miskin bandar yang
disebut slums, maknanya perancangan kita ada kelemahannya.

“Kita
bangunkan bangunan yang tersergam indah, projek-projek mega kerana itu
perlu untuk membangunkan (negara) tetapi kita lupa bahawa yang bekerja
itu (penduduk) juga memerlukan perumahan dan akhirnya apabila hendak
bangunkan perumahan, kos telah meningkat, kos tanah melambung tinggi.

“Saya
katakan tidak terlalu lambat, tetapi sudah tenat. Kita mahu bangunkan
perumahan rakyat, kosnya terlalu tinggi kerana kita tidak menetapkan
kawasan-kawasan (untuk perumahan) dari awal. Kita hanya fikirkan
gedung-gedung kerana gedung ini kadangkala memberikan pulangan yang
lebih baik,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu
sebelumnya menyampaikan ucapan pada Festival Taman Kuala Lumpur 2023 di
Taman Tasik Titiwangsa.

Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Rakyat
Datuk Johari Abdul, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming,
isteri Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki
Ali dan Mahadi

Sementara itu tambah Anwar, perancangan kota-kota
besar sangat penting agar selari dengan konsep Malaysia MADANI yang
dicetuskan beliau.

Justeru beliau sekali lagi mengingatkan supaya
pihak berkuasa tempatan membantu golongan peniaga kota dengan
menyediakan kemudahan dan mengindahkan warung serta gerai kecil
dikawasan mereka.

“Kita mahu restoran lima bintang tetapi kita
kena ingat warung-warung dan gerai itu penting kerana sebahagian besar
rakyat tidak mampu mendekati restoran lima bintang. Tanggungjawab kita
yang ada kuasa untuk pastikan kemudahan bagi rakyat terbanyak dan harus
indah.

Jangan hanya ghairah bina bangunan megah

“Perumahan
rakyat, mengindahkan warung dan gerai serta kedai-kedai runcit sekadar
yang kita mampu… jadi akhirnya kita hidup dalam negara makmur tetapi
kita kekalkan dua darjat jadi sebab itu (konsep) Malaysia MADANI ini
kita harus ikhtiar,” katanya.

Beliau turut meminta pihak berkuasa
tempatan belajar daripada kesilapan kota-kota besar menghapuskan hutan
dan mementingkan perniagaan semata-mata ketika merancang bandar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button