hiburan

Mentega Terbang: filem tak wajar jadi pencetus provokasi, kata ABIM

 

ANGKATAN
Belia Islam Malaysia (ABIM) menyatakan pendirian bahawa filem mesti
memainkan peranan menyatupada rakyat dan bukan menjurus provokasi dan
perpecahan.

Naib Presiden ABIM, Zairudin Hj Hashim berkata
begitu dalam satu kenyataan media yang merujuk kepada kepada filem
kontroversi “Mentega Terbang” yang didakwa menyentuh isu sensitiviti
agama dalam masyarakat.

“Filem yang diluluskan sejak 2021 itu
harus membawa mesej yang jelas untuk mengeratkan perpaduan masyarakat
dan tidak menjurus kepada kesan provokasi dan perpecahan.

Hormati perimeteri sensitiviti agama

“Justeru,
ABIM senada dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal
Ehwal Agama) Dato’ Setia Dr Hj Mohnd Na’im Hj Mokhtar yang menegaskan
bahawa pihak beliau tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan
penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam lebih-lebih lagi
yang mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat,’ kata Zairudin.

Mentega
Terbang yang ditayangkan di platform penstriman digital mencetuskan
kontroversi dengan memaparkan jalan cerita yang bertentangan dengan
agama Islam dan dimainkan oleh pelakon beragama Islam.

Filem
arahan Khairi Anwar dan diterbitkan Tan Meng Kheng ini mula ditayangkan
melalui platform penstriman Viu pada 19 Januari lalu dengan skrip
ditulis bersama Khairi Anwar, Arjun Thanaraju dan Ting Teng Hui.

Walau bagaimanapun ia difahamkan telah dikongsi dan berlegar di media sosial sejak tahun 2021.

Pihak
berkuasa polis awal minggu ini memaklumkan satu kertas siasatan sudah
dibuka berhubung filem itu dan ia disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah
Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksan dan
Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan.

Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Sementara
itu ABIM dalam kenyataannya berkata filem-filem berunsurkan dakwah
seperti filem IMAM perlu diberikan ruang serta dukungan yang lebih luas
untuk mengatasi karya berunsurkan perkara yang mengelirukan umat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button