Nasional

KPM mahu wujudkan ekosistem selamat di sekolah

  

 


KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) mengambil satu lagi langkah proaktif dalam menjamin keselamatan pelajar semasa berada di Sekolah.

Menterinya,
Fadhlina Sidek memaklumkan pihak kementerian akan memeterai kerjasama
dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) minggu depan bagi menerapkan
Kod Sukan Selamat di sekolah.

Penerapan kod itu yang selaras
hasrat kementerian mewujudkan ekosistem selamat untuk anak-anak bersukan
dan dilindungi termasuk gangguan seksual, buli dan pengantunan akan
terpakai untuk semua jenis kejohanan sukan di peringkat KPM.
 
“Intipati Kod Sukan Selamat ini antara lain ia adalah pengiktirafan berdasarkan olimpik punya kod.

“Yang
kedua, ia merangkumi banyak aspek khususnya tentang etika perlindungan
dan peranan ibu bapa komuniti sukan secara keseluruhan dan akhirnya
pastilah berkait rapat dengan akses untuk membuat aduan sekiranya ada
kes-kes melibatkan gangguan seksual, buli dan sebagainya, kata Fadhlina
yang juga Ketua Wanita KEADILAN itu.

Fadhlina berkata begitu
ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Takwim Kejohanan Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 dan Seminar Kejurulatihan Sukan, di
Putrajaya semalam.

Usaha wujudkan persekitaran sekolah yang selamat
Dalam perkembangan berkaitan, Fadhlina turut memberi jaminan tidak akan timbul isu kenaikan harga makanan di kantin sekolah.

Ini
kerana jelasnya harga makanan di kantin sekolah adalah termaktub di
dalam garis panduan dan perjanjian antara pengusaha, pihak sekolah dan
kementerian.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button