hiburan

Moga pencapaian Michelle Yeoh jadi aspirasi

 

PERDANA MENTERI,
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tan Sri
Michelle Yeoh atas kejayaan merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik pada
Anugerah Akademi (Oscar) Ke-95 semalam.

Dalam
hantaran di laman Twitternya, Anwar menyifatkan pencapaian pelakon
kelahiran Ipoh, Perak itu sebagai telah mengharumkan nama negara di
pentas antarabangsa terutama apabila Yeoh menjadi pelakon pertama
berdarah Asia memenangi anugerah paling berprestij itu.

“Besar
harapan agar pencapaian ini akan terus memberi inspirasi kepada semua
penggiat seni dan perfileman tempatan. Tahniah dan syabas dari seluruh
rakyat Malaysia!,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.

Yeoh,
60 merangkul anugerah itu menerusi lakonannya dalam filem drama komedi
“Everything Everywhere All at Once” menewaskan empat pencabar lain bagi
kategori Pelakon Wanita Terbaik iaitu Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas
(Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle William (The
Fabelmans).

Pada Januari
lalu, Yeoh muncul pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita
Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe ke-80 melalui filem
sama.

Anwar ucap tahniah kepada Yeoh

Dalam
perkembangan sama,  Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut
menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan Yeoh memenangi anugerah
tersebut.

melalui hantaran
di Facebooknya, Fahmi menyifatkan kejayaan sebagai bintang Asia pertama
meraih trofi bagi kategori itu dalam sejarah Oscars sebagai sangat
membanggakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button