Politik

Cakap berdegar-degar, tapi pembangkang takut berdepan Anwar

Tiga pemimpin utama pembangkang didakwa tak pernah hadir berhadapan Anwar dalam sesi PMQ

WALAUPUN dilihat lantang
mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim, beberapa pemimpin pembangkang
didakwa tidak berani berdepan Perdana Menteri ketika sesi soal jawab di
Dewan Rakyat.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Agong KEADILAN,
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada ucapan penggulungan di Kongres
Nasional Khas parti itu di Shah Alam semalam.

Menurutnya, pada
setiap Selasa ketika sidang Dewan Rakyat, Anwar akan hadir ke Parlimen
untuk menjawab soalan dikemukakan Ahli Parlimen melalui sesi soal jawab
perdana menteri (PMQ), namun tiga pemimpin utama pembangkang iaitu
Hamzah Zainudin, Muhyiddin Yassin dan Abdul Hadi Awang tidak pernah
hadir.

 

“Belum pernah dalam sejarah Parlimen perdana menteri
mengadakan sesi dikenali sebagai PMQ ini. Ahli Parlimen boleh tanya apa
sahaja, perdana menteri akan jawab.

“Perdana
menteri tercegat di kerusinya 30 minit tanya apa sahaja soalan.
Bagaimanapun, tiada sekalipun ketua pembangkang (Hamzah Zainudin)
berhadapan dengan perdana menteri. Tiada sekalipun Pagoh (Muhyiddin
Yassin) atau Marang (Abdul Hadi Awang) berdepan dengan perdana menteri,”
katanya.

Saifuddin turut menyifatkan mereka hanya nampak hero di
luar Dewan Rakyat dengan retorik membela bangsa dan agama tetapi tidak
sanggup berdepan dengan perdana menteri di Parlimen.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button