Parlimen

Draf wajibkan persekolahan menengah dihantar ke pejabat AG

KPM terus komited dalam memastikan tiada generasi muda berdepan keciciran pendidikan

KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) komitmen untuk memastikan tiada anak-anak yang tercicir dari pendidikan, kata menterinya Fadhlina Sidek.

Bercakap dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Negara pada Selasa, Fadhlina memberitahu, pihak kementerian sudah menyerahkan draf cadangan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah.

“Ketika ini, berdasarkan Dasar Pendidikan Wajib di bawah Akta Pendidikan 1996 hanya setakat Darjah 6 sahaja. Tetapi (menerusi) komitmen KPM, kita telah panjangkan dan sebar luaskan (perkara ini),” kata Ketua Wanita KEADILAN itu. 

Beliau sebelumnya ditanyakan bilakah kerajaan akan mewajibkan pendidikan ke peringkat sekolah menengah dapat dilaksana bagi memastikan tiada keciciran pendidikan dalam kalangan generasi muda negara ini. 

Sementara Fadhlina menjelaskan buat masa ini KPM telah mengambil langkah menangani keciciran dengan mengadakan program Sekolah Model Khas Komprehensif K9 dan K11.

Bagi program K9 beliau menjelaskan ia adalah untuk memastikan anak-anak tidak tercicir daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 3, manakala K11 akan memastikan anak-anak akan terus berada di sekolah daripada Darjah 1 hingga Tingkatan 5

Ketika ini difahamkan  Akta Pendidikan 1996 mewajibkan ibu bapa menghantar anak mereka mengikuti pelajaran rendah selama enam tahun.

Sekiranya gagal, ibu bapa boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button