Politik

MKM bimbang kenyataan Abdul Hadi subur fahaman takfiri

MKM tolak dakwaan parti KEADILAN lawan al-Quran yang dilempar Abdul Hadi Awang


KENYATAAN
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Parti
Keadilan Rakyat (KEADILAN) menentang al-Quran dianggap merbahaya dan
cenderung membawa kepada amalan takfir (menuduh seseorang sebagai
kafir).

Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) dalam satu kenyataan
menegaskan parti itu tidak pernah menentang al-Quran seperti didakwa,
sebaliknya yang ditolak adalah sikap mempolitikkan agama serta pembawaan
Islam yang ekstrem dan untuk kepentingan politik.
“Ucapan
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam Kongres
Khas Nasional 2023 menegaskan bahawa Islam sebagai agama ‘lengkap’ yang
mempunyai panduan berpolitik.
“Tambah beliau “kita dituntut berpolitik secara beragama, kita bukan dituntut mempolitikkan agama,” tegas MKM.
Abdul
Hadi membuat dakwaan kononnya KEADILAN melawan al-Quran susulan seruan
Saifuddin supaya ahli parti itu menyerang sebarang kenyataan ahli
politik yang mempolitikkan agama.
Ia susulan kenyataan Abdul Hadi yang menyanggah titah Raja dan Sultan supaya masjid jangan digunakan sebagai pentas politik
Sementara
itu dalam kenyataannya juga MKM menegaskan pentadbiran Kerajaan
Perpaduan dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergerak
sejajar dengan intipati al-Quran dan sunnah Rasulullah dalam politik,
siasah dan pentadbiran negara.
Perkara itu terbukti apabila
Malaysia Madani berkonsepkan Sahifah Madinah yang menegakkan keadilan,
membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan agama dalam mengangkat negara
telah diperkenalkan Presiden KEADILAN itu dalam pentadbirannya.
“Pelaksanaan
perkara itu adalah seperti mana diasaskan oleh beberapa ilmuan terkenal
Islam, iaitu Al-Farabi, Ibn Khaldun, Syed Muhammad Naquib al- Attas dan
Rashid al-Ghannushi,” kata mereka.
Sehubungan itu MKM menuntut
semua pimpinan daripada mana-mana parti harus bertanggungjawab dalam
mengeluarkan sebarang kenyataan.
Tindakan atau kenyataan yang
boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dalam negara yang dibina oleh
rakyat pelbagai bangsa hanya akan merencatkan proses pembangunan negara
dan masyarakat.
“Malah, sebagai seorang agamawan, Abdul Hadi
harus menyokong usaha Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat madani
yang memfokuskan perkembangan ilmu dan pembinaan insan secara holistik
“Mempergunakan
agama untuk mencapai kuasa politik bukan satu tauladan yang baik oleh
mana-mana pemimpin.,” kata kenyataan tersebut.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button