Nasional

Umat Islam mula ibadat puasa esok

Tarikh permulaan puasa ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong brdasarkan rukyah dan hisab

UMAT ISLAM  di negara ini akan mula berpuasa esok, 23 Mac bersamaam 1 Ramadan 1444 Hijrah.

Perkara itu dimaklumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam siaran ringkas menerusi Radia Televisyen Malaysia (RTM) malam ini. 

Tarikh permulaan puasa bagi negeri di seluruh Malaysia itu ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Majlis Raja-Raja juga mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

Sebelumnya Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia pada hari ini. 

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 29 lokasi di seluruh negara, antaranya Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.

Selain itu, Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor.

Kaedah berkenaan digunakan bagi menentukan kebolehnampakan anak bulan, menerusi posisi matahari dan bulan ketika matahari Ghurub berada di Altitud bulanmelebihi 3° dan jarak lengkung bulan dan matahari melebihi 6.4°.

Menerusi hisab yang dilakukan oleh Yang Dipertua Persatuan Falak Syar’i Malaysia, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer menyatakan, analisis kedudukan hilal bagi menentukan awal bulan Ramadan 1444H berada di titik rujukan dari Pulau Perak iaitu 5°41’3”U, 98°56’20”T.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button