Sukan

Hakim Danish naik podium di Portimao

Pencapian Hakim Danish pada penampilan sulung antarabangsanya mengkagumkan


PELUMBA
muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli nyata berada dalam kelas tersendiri, selepas membuka tirai kejuaraan Red Bull Rookies Cup 2023 dengan meraih kedudukan ketiga dalam Perlumbaan 2 di Portugal, hari ini.

Pada perlumbaan berlangsung di Litar Antarabangsa Algarve, Portimao, pelumba berusia 16 tahun yang membuat penampilan sulungnya di pentas antarabangsa itu, sekali gus memperbaiki kedudukan kelima diraihnya pada Perlumbaan 1 semalam.

Muhammad Hakim Danish menggunakan jentera KTM, cemerlang menamatkan saingan podium dipisahkan 0.017 saat di belakang pelumba Sepanyol, Angel Piqueras yang mengungguli tempat pertama (26:09.348s) serta rakan sepasukannya Marcos Ruda tempat kedua (26:09.350s).

Pelumba berasal dari Terengganu itu kini menduduki tangga keempat keseluruhan kejuaraan dengan mengumpul 27 mata.

Seorang lagi pelumba negara yang turut bersaing di kejuaraan itu, Danial Syahmi Ahmad Shahril pula menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10.

Muhammad Hakim Danish dan Danial Syahmi akan meneruskan saingan kejuaraan di Litar Jerez, Sepanyol yang berlangsung pada 29 dan 30 April ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button