Global

Anwar tiba di China untuk lawatan rasmi

PM akan hadiri jemputan Iftar bersama komuniti muslim Hainan sebagai program pertama lawatannya


PERDANA MENTERI
  Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Hainan, China untuk
lawatan rasmi dua hari sempena Forum Boao untuk Asia (BFA) 2023.

Pesawat Khas yang membawa Perdana Menteri tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Boao pada pukul 5.30 petang waktu tempatan.
Anwar diiringi Menteri Pengangkutan, Anthony Loke serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ngar Kor Ming.
Ketibaan Anwar
dan delegasi disambut oleh Naib Gabenor Hainan, Chen Huaiyu, Menteri
Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Duta Besar Malaysia ke
China, Datuk Nushirwan Zainal Abidin dan Konsulat Jeneral Malaysia ke
Guangzhou, Suraya Ahmad Pauzi.
Acara pertama beliau ialah
menghadiri Majlis Iftar bersama komuniti muslim di Hainan dan kira-kira
70 orang delegasi Malaysia yang menyertai BFA 2023 di Hotel Boao Golden
Coast.

Beliau kemudiannya dijadual menghadiri mesyuarat bersama kepimpinan
tertinggi pengendali projek utama Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), China
Communications Construction Company (CCCC).

Manakala esok, Anwar
dijangka akan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri
Singapura Lee Tsien Loong sebelum menyampaikan ucapan pada sesi
pembukaan plenary BFA 2023, yang turut dihadiri Perdana Menteri China,
Li Qiang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button