Nasional

PM anjur agensi kerajaan imarah bulan Ramadan

  

PM bawa pembaharuan lagi dalam kerajaan

SEMUA jabatan, agensi kerajaan dan kementerian digesa untuk menganjurkan majlis ilmu di pejabat masing-masing bagi menghidupkan semangat Ramadan  

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan amanat dalam Majlis Perhimpunan Bulan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) semalam berkata, majlis ilmu itu wajar memberikan fokus kepada memahami ayat al-Quran.

Jelasnya, cadangan majlis singkat waktu zuhur. itu telah diusulkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Sebab itu kalau boleh diadakan majlis-majlis yang saya usulkan maklum kepada Tan Sri KSN supaya semua jabatan, kementerian agensi ada majlis singkat waktu Zohor dari pukul 1.00 tengah hari sehingga Zohor itu dengan tazkirah yang menumpu kepada satu-dua ayat al-Quran dan menelaah supaya dapat menghadam.

“Mudah-mudahan Ramadan ini kita dapat tingkatkan darjat dengan fokus kepada membaca dan menelaah al-Quran dan memahaminya,” katanya.

Untuk tujuan itu juga jelasnya, beliau juga telah meminta Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) untuk menyelaraskan penceramah sekiranya diperlukan pada majlis ilmu yang diadakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button