Nasional

Jangan salah guna isu pengeluaran KWSP – SPCAAM

ISU pengeluaran
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar disalahguna oleh
mana-mana pihak untuk meraih sokongan, kata Persatuan Khidmat Nasihat
Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM).

Empat kali keluar KWSP, masalah rakyat tak selesai

Timbalan
Presidennya, S Nadarajan berkata, KWSP merupakan dana perlindungan
sosial yang menjadi mekanisme simpanan untuk dimanfaatkan selepas
bersara.
Perlindungan itu jelasnya sangat penting bagi memastikan
pekerja boleh berdikari dari segi ekonomi semasa persaraan sekaligus
mengelakkan mereka menerima kesan sosioekonomi yang buruk kelak.
 
“Apakah yang akan berlaku kepada individu setelah bersara kelak apabila mengeluarkan wang KWSP mereka?
“Beban
akan menimpa keluarga dan negara, ia umpama situasi menendang tin ke
jalan raya,” jelas Nadarajan dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau
turut menempelak sikap ahli-ahli politik yang bertindak seolah-olah
memihak kepada rakyat, namun tidak berbuat apa-apa sehinggakan telah
menimbulkan isu ekonomi yang serius dalam kalangan rakyat dan negara.
Sementara
itu Nadarajan turut berpandangan banyak keputusan dasar yang boleh
diambil kerajaan untuk menangani isu ekonomi B40 dan M40.
Antaranya
termasuklah penetapan gaji sara hidup mandatori, memastikan hak
perlindungan kesatuan sekerja yang mencukupi dan sebagainya.
Dalam
masa sama, beliau turut mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) mengikut langkah kerajaan Selangor yang membayar gaji tambahan
sebulan kepada pekerja untuk membolehkan golongan itu menyambut Hari
Raya Aidilfitri dengan lebih meriah.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button