Nasional

Kerajaan digesa jamin pekerjaan peserta MySTEP

SEORANG
Ahli Parlimen blok kerajaan mencadangkan kerajaan melakukan sesuatu
bagi menjamin peluang pekerjaan untuk kakitangan dalam Malaysia
Short-Term Employment Programme (MySTEP).

Syarleena cadang penyelesaiaan terhadap isu kerja

Syarleena Abdul Rashid
yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera dalam satu kenyataan
berkata,  ketika ini pekerja MyStep tidak mempunyai jaminan pekerjaan
selepas mereka tamat kontrak.

Golongan itu tambahnya berdepan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan seterusnya dan mereka terpaksa bermula dari bawah kembali.

“Ini pastinya bukan sesuatu yang produktif malah counter productive.

“Bagi
memastikan pekerja yang menamatkan program MyStep tidak berdepan isu
ini, kerajaan perlu menawarkan sokongan dan peluang pekerjaan terhadap
pekerja-pekerja terbabit,” katanya.

MySTEP merupakan  inisiatif
Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di
pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan
(GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik.

Dalam
kenyataan sama, Syarleena berkata, kerajaan boleh menjalinkan kerjasama
dengan syarikat dalam industri berkaitan untuk menyediakan peluang
pekerjaan kepada pekerja yang menamatkan program tersebut.

Kerajaan
juga jelasnya boleh memberikan insentif kewangan kepada syarikat yang
mengambil pekerja MyStep sebagai galakan kepada mereka untuk terus
mengambil lebih ramai pekerja daripada program tersebut.

“Usaha
ini akan membantu memastikan program ini berjaya dalam matlamatnya untuk
menyediakan peluang pekerjaan bermakna kepada rakyat Malaysia.

“Selain
itu, satu lagi perkara penting yang perlu ditekankan adalah keperluan
untuk latihan dan sokongan berterusan untuk pekerja-pekerja MyStep.
“Usaha
ini bukan sahaja dapat meningkatkan ‘kebolehkepasaran’ tetapi juga
memastikan mereka boleh berdaya saing dalam pasaran kerja di samping
mampu menempuhi cabaran-cabaran yang mendatang,’ tambahnya dalam
kenyataan tersebut.  

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button