Parlimen

Nik Nazmi pertahan kenyataan isu tanah rizab Melayu di Kedah

NIK NAZMI Nik Ahmad menyatakan pendirian untuk mempertahankan kenyataan berhubung pengurangan tanah rizab Melayu di Kedah.

Data didedahkan Nik Nazmi disedia JKPTG

Perkara
itu dinyatakan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
itu susulan ancaman Ahli Parlimen Sik, Ahmad Tarmizi Sulaiman yang mahu
merujuknya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa
cuba mengelirukan Dewan Rakyat.

“Jawapan saya ketika Sidang
Parlimen telah disediakan oleh pihak Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan
Galian Persekutuan (JKPTG) negeri Kedah yang mengumpul data tanah rizab
Melayu oleh pihak pentadbiran tanah negeri setiap tahun.

“Saya yakin dengan kerja penjawat awam terlibat di peringkat persekutuan dan negeri,” jelasnya.  

Pada
29 Mac, Nik Nazmi memaklumkan, tanah rizab Melayu di Kedah, Perak dan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkurangan antara 2021 dan 2022.

Bagi negeri Kedah jelasnya, keluasan tanah rizab Melayu berkurangan daripada 721,888.93 hektar kepada 716,537.28 hektar.
 
Walau
bagaimanapun Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor pada Isnin
menafikan angka tersebut dengan menyatakan data hingga 19 Jan
menunjukkan keluasan tanah rizab Melayu di Kedah meningkat 408 hektar.

“Saya
mengambil maklum kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar Kedah
berkenaan peningkatan tanah rizab Melayu Kedah dari 1933 sehingga hari
ini.
“Namun, memandangkan beliau mula menjadi Menteri Besar pada
tahun 2020, tentulah angka dari tahun 2021 hingga 2022 menjadi tumpuan
berbanding dengan Kedah ketika era British dan ketika jajahan Jepun atau
Siam pada Perang Dunia Kedua,” katanya.
Justeru jelas Nik Nazmi
beliau sudah telah menghantar penjelasan kepada Yang Dipertua Dewan
Rakyat, Dato’ Johari Abdul sebagai maklum balas kepada usul merujuknya
ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Beliau turut
menyertakan surat dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah
bertarikh 30 November 2022 kepada JKPTG yang menyatakan keluasan Tanah
Rizab Melayu di Kedah sebagaimana dinyatakan dalam Dewan Rakyat. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button