Nasional
Buka peluang pekerjaan, usaha perkasa golongan OKU diteruskan
KERAJAAN PERPADUAN akan terus melaksana langkah-langkah perlu untuk memperkasa golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negara ini.
Kementerian tidak mahu golongan OKU ketinggalan |
Timbalan
Menteri Sumber Manusia Mustapha Sakmud di Dewan Negara pada Rabu
memaklumkan sebanyak 67 sesi temu duga khas untuk golongan berkenaan
telah diadakan di seluruh negara dalam tempoh Januari 2020 hingga 31 Mac
lepas.

Ia jelasnya sebagai inisiatif memastikan tiada golongan terpinggir dalam mendapatkan pekerjaan di negara ini.
“Sesi
temu duga itu dihadiri seramai 1,677 golongan OKU dan daripada jumlah
itu 464 orang telah berjaya mendapat pekerjaan, manakala 566 orang lagi
berjaya ke sesi temu duga kedua,” kata pada sesi penggulungan Rang
Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) bagi kementerian itu.

Sementara
itu ketika menyentuh mengenai isu pengangguran, Mustapha berkata pihak
kementerian melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah
melaksanakan pelbagai program antaranya JaminKerja dengan memperkenalkan
insentif penggajian khusus untuk golongan rentan.

“Mulai 2020
hingga 2022, seramai 1,689 permohonan telah diluluskan melibatkan
bayaran sebanyak RM12.8 juta bagi insentif penggajian khusus ini,”
katanya.

Mustapha berkata kerajaan melalui Perkeso juga telah
menganjurkan Karnival Kerjaya untuk golongan OKU dengan seramai 2,874
golongan OKU telah mendapat pekerjaan sejak Januari 2021 hingga 31 Mac
2023.

“Kerajaan menerusi Perkeso turut melaksanakan program
Kembali Bekerja dalam usaha membantu mereka yang hilang upaya untuk
kembali semula bekerja.

“Sejak 2007 hingga 31 Mac 2023, seramai 55,634 peserta OKU telah dibantu untuk ditempatkan semula dalam pasaran kerja,” katanya.
Selain itu, katanya.
Bagi
tujuan memudahkan golongan OKU mendapatkan maklumat berkaitan pasaran
buruh pula, sebuah pusat satelit MyfutureJobs juga telah diperkenalkan
khusus untuk golongan itu di Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan
Bangi.