Global

Kerajaan Selangor kecam serangan zionis terhadap warga Palestin

KERAJAAN
Negeri Selangor pimpinan KEADILAN menyahut gesaan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mohktar agar solat
hajat untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Palestin
diadakan.

Selangor gesa dunia kecam tindakan Israel

Ia susulan serangan rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu.

Sebagai
tanda solidariti kepada mangsa serangan ini, seluruh masjid dan surau
di negeri Selangor akan melaksanakan solat hajat seusai solat Jumaat
minggu ini.

“Ia
bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan bagi warga Palestin agar
Allah SWT melindungi mereka,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin
Shari semalam.

Terdahulu media melaporkan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin cedera dalam serangan, manakala lebih 350 orang lain ditahan.

 

Tindakan
kejam yang tidak berperikemanusiaan ini diaturkan ketika jemaah
Palestin menunaikan solat di Masjid Al Aqsa pada hari Rabu yang lepas.

Sementara
itu dalam kenyataan sama, Amirudin berkata Kerajaan Selangor pimpinnya
mengutuk serangan berkenaan dan bersolidariti bersama warga Palestin.

“Kerajaan
Selangor mengajak pemimpin seluruh dunia untuk bersama-sama mengutuk
dan mengecam serangan ke atas rumah ibadat, sebuah tindakan provokasi
yang menyalahi undang-undang antarabangsa dan prinsip hak asasi manusia,
terutamanya pada bulan yang penuh mustajab ini.

“Tindakan
kejam ini telah kerap berulang, terutamanya pada bulan Ramadhan seperti
yang berlaku pada April tahun lalu,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button