Nasional

Sabah sambut baik keputusan nyahklasifikasi laporan nahas ‘Double Six’

KERAJAAN
negeri Sabah menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim yang menyahklasifikasikan laporan akhir tragedi nahas
‘Double Six’ yang mengorbankan beberapa pemimpin negeri Sabah 47 tahun
lalu.

Hajiji sambut baik keputusan pentadbiran Anwar

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor
menyifatkan keputusan kerajaan itu memberi kelegaan kepada keluarga dan
rakyat Sabah secara keseluruhannya.

Ia juga jelasnya sekali gus
akan merungkaikan apa sebenarnya yang berlaku dalam nahas mengorbankan
Ketua Menteri Sabah pada masa itu Tun Fuad Stephens, empat menteri dan
enam individu lain itu.

“Ini adalah satu kelegaan bukan sahaja
kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat terbabit,
tetapi juga kepada rakyat Sabah.

“Kerajaan begeri akan menerima penemuan keputusan laporan itu dengan hati terbuka,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Anwar
dalam sidang media semalam mengumumkan keputusan mendedahkan laporan
itu dibuat selari dengan prinsip ketelusan dibawakan pentadbirannya.

Ia juga setelah mengambil kira pandangan dikemukakan rakyat Sabah dan tuntutan dibuat oleh waris.
Laporan itu menurut Anwar akan didedahkan minggu depan  melalui kenyataan rasmi kerajaan dan Kementerian Pengangkutan. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button