Nasional

Harga barang lebih murah jika ‘orang tengah’ dikawal – Anwar

DATUK SERI Anwar Ibrahim menyuarakan keyakinan harga barang keperluan dapat dikawal dengan mengurangkan pembabitan orang tengah.

Anwar yakin harga barang mampu dikawal

Bercakap
kepada pemberita selepas merasmikan Jualan Agro Rahmah di Tapak Bazar
Ramadan di Putrajaya pada Khamis, Perdana Menteri itu berkata sekiranya
orang tengah hanya mengambil keuntungan berpatutan sahaja usaha kerajaan
mengawal harga barang dapat segera dijayakan.
Usaha
mengurangkan kebergantungan dengan orang tengah itu jelasnya boleh
dilaksana dengan cara mengadakan pasar-pasar tani atau projek-projek
seperti jualan agro bazar yang diselenggarakan oleh Kementerian
Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) dan Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
“Kita lihat di jualan
agro bazar ini harga sayur jauh lebih murah kerana tidak melalui orang
tengah dengan keuntungan berlebihan.
“Kalau kita dapat kurangkan
peranan orang tengah atau orang tengah mengambil keuntungan berpatutan,
maka harga boleh dikawal,” ujar beliau,” jelasnya.
Anwar
berkata begitu sebagai mengulas teori peranan orang tengah yang
menyebabkan harga sesuatu barangan meningkat berikutan ‘penyelewengan
dalam infrastruktur pemasaran’.
Teori itu pernah disebut oleh Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz pada tahun 1990-an.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button