Nasional

Boleh tutup sekolah jika cuaca terlampau panas, kata Menteri

 PENTADBIR sekolah diberi kebenaran menutup sesi persekolahan sekiranya cuaca panas berada pada tahap amaran dua dengan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

Keselamatan pelajar jadi keutamaan kementerian

Kebenaran itu diberi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menerusi siaran surat pekeliling yang ditandatangani Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Norisah Suhaili.

Jelas surat berkenaan, memandangkan situasi cuaca panas melampau di beberapa lokasi di seluruh negara ketika ini, segala aktiviti luar melibatkan murid, pelajar dan guru antaranya merentas desa, perkhemahan, kawad, sukan dan permainan di luar bangunan serta pertanian mesti dihentikan .

“Penutupan institusi pendidikan akibat status suhu harian bagi cuaca panas hendaklah dimaklumkan oleh pentadbir kepada pendaftar dengan serta merta secara lisan dan bertulis menggunakan apa-apa medium yang sesuai.

“Pentadbir hendaklah mengemukakan surat permakluman rasmi kepada pendaftar berhubung penutupan institusi pendidikan atas sebab status suhu harian bagi cuaca panas pada tahap amaran dua.

“Ia mesti dilampirkan bersama-sama dokumen sokongan yang menjelaskan tentang proses penilaian risiko dijalankan sebelum keputusan untuk menutup institusi pendidikan,” kata pekeliling itu dipetik laporan Sinar Harian.

Surat siaran berkuat kuasa serta-merta itu terpakai untuk semua institusi pendidikan di bawah KPM jika kawasan mereka diisytiharkan terkesan mengalami gelombang haba oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Selain itu, pihak pentadbir perlu memastikan bilik di premis sekolah mempunyai pengudaraan baik termasuk sentiasa memantau tahap kesihatan pelajar bagi mengelakkan sebarang risiko seperti strok haba. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button