Nasional

Lebih RM100 juta diperuntukkan bantu agamawan Kelantan – PM

SEJUMLAH RM103.86 juta telah disediakan Kerajaan Perpaduan khusus kepada imam, bilal, siak, guru takmir dan Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) di Kelantan tahun ini.

Kerajaan terus pertahan kedaulatan Islam 

Berucap pada Program Madani Ulama’ dan Umara’ Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra, Panji semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan itu membabitkan 1,170 orang imam dengan jumlah peruntukan RM11.9 juta dan elaun guru takmir seramai 341 orang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM3.68 juta. 

“Bayaran khas sebanyak RM600 secara ‘one-off’ diteruskan pada tahun ini kepada imam, bilal, siak dan guru takmir di Kelantan membabitkan seramai 2,605 penerima dengan peruntukan sebanyak RM1.56 juta.

“Manakala, jumlah peruntukan elaun guru Kafa pula adalah sebanyak RM82.79 juta yang melibatkan seramai 5,470 orang,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut memaklumkan Pakej Program Perlindungan di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS Lindung) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membabitkan imam, bilal, siak dan guru takmir di Kelantan juga diteruskan. 

Dibawah pakej itu, kerajaan jelasnya akan membayar caruman sebanyak RM232.80 seorang membabitkan seramai 2,605 orang dengan jumlah peruntukan RM606,444 setahun.

“Kerajaan juga secara jelas mahukan agensi Islam menjadi contoh terbaik dalam kecekapan pengurusan dan tatakelola. Ini adalah cabaran yang mesti kita sahut bersama samada di peringkat persekutuan termasuk juga di peringkat negeri-negeri.

“Umpamanya dalam aspek pengurusan kewangan serta tatakelola pentadbiran hal ehwal Islam yang berintegriti perlu dititikberatkan oleh kita semua. Kita tidak mahu terlibat dalam sebarang salah laku,” katanya.

Pada ucapan itu juga Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan RM2.65 juta melalui Sumbangan Bantuan Musibah Negeri Kelantan.

“Bagi bantuan bina baharu rumah kediaman sebanyak RM829,225, bantuan bagi baik pulih rumah kediaman sebanyak RM1.53 juta, bantuan baik pulih masjid dan surau RM278,700 dan baik pulih institusi pendidikan pula RM10,000,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button