Politik

Konvensyen Kerajaan Perpaduan beri isyarat kestabilan politik

KETUA PENERANGAN Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Fahmi Fadzil menyifatkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan yang diadakan hari ini memberi isyarat jelas bahawa kestabilan kerajaan akan menjadi asas kepada pembangunan negara serta kemakmuran rakyat.

Kestabilan politik pikat pelabur asing ke M’sia

Beliau yang juga Menteri Komunikasi dan Digital menegaskan, jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada semua Ahli Parlimen dari Kerajaan Perpaduan untuk turut serta dalam konvensyen berkenaan jelas memberi isyarat bahawa telah wujud kestabilan dalam politik negara dan kerajaan pimpinannya.

“Perkara itu bagi saya adalah simbol dan isyarat yang paling penting dan jelas daripada konvensyen ini,” katanya.

Fahmi sebelumnya ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Bersama Menteri dan Warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Terengganu di Auditorium RTM pada Sabtu.

Konvensyen yang julung kalinya diadakan itu bakal menghimpunkan 10,000 perwakilan daripada kesemua parti politik dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.

Diadakan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, Ia akan menjadi medan terbaik bagi menoktahkan sebarang usaha mengganggu-gugat kestabilan politik negara, sekali gus membolehkan kerajaan memberi tumpuan kepada rakyat.

Konvensyen itu bermula jam 10 pagi dengan Konvensyen Nasional Wanita Kerajaan Perpaduan dan Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan, masing-masing di Dewan Merdeka dan Dewan Tun Hussein Onn.

Ia disusuli Bicara Rakyat yang terbahagi kepada tiga sesi, iaitu Memperkasa Ekonomi Rakyat, Membina Negara Bangsa dan Malaysia MADANI.

Bertemakan ‘MADANI Mewajahi Masa Depan Malaysia’, acara kemuncak konvensyen ialah amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Pengerusi Sekretariat Kerajaan Perpaduan serta menyaksikan persetujuan deklarasi Kerajaan Perpaduan pada kira-kira jam 3.30 petang.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button