Negeri

KPKT lulus RM8.94 juta untuk kolam tadahan air di Johor

 SEJUMLAH peruntukan bernilai RM8.94 juta telah diluluskan Kementerian
Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi kerja-kerja menyelenggara
kolam tadahan air di seluruh Johor.

Peruntukan babit 28 projek kolam tadahan air
Timbalan Menteri KPKT Akmal
Nasrullah Mohd Nasir berkata peruntukan tersebut yang merupakan
sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2023 yang telah diumumkan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim disalurkan kepada 15 pihak
berkuasa tempatan di negeri itu dengan membabitkan 28 projek kolam
tadahan.
“Kesemua kolam tadahan ini perlu disiapkan tahun ini,
walaupun cuaca tidak menentu supaya selepas ini kita boleh fokus kepada
belanjawan berikutnya.
“Jadi, RM8.94 juta ini saya sendiri
bersama Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT Datuk Mohd Fadzli
Mohd Kenali akan pastikan bahawa pihak PBT dapat melaksanakan kerja
dengan sebaik mungkin kerana harapan kita supaya Belanjawan 2023 dapat
dibelanjakan sebaik mungkin dan sampai kepada masyarakat sekeliling,
kata Akmal.
Beliau sebelumnya ditemui pemberita pada Majlis
Penyerahan Surat Peruntukan Projek Kolam Tadahan di Pangsapuri Larkin
Idaman Lot C yang turut dihadiri Mohd Fadzli dan Datuk Bandar Johor
Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman.
    
Sementara itu tambahnya,
kementerian juga telah meluluskan RM500,000 kepada Majlis Bandaraya
Johor Bahru (MBJB) untuk menyelenggara kolam tadahan air di pangsapuri
tersebut,
Penyelenggaraan kolam tadahan air itu antara lain
merangkumi kerja pembersihan serta mendalamkan kolam bagi mengelak
hakisan dan sebagainya.
“Saya turut berkongsi berpandangan dengan
Datuk Bandar Johor Bahru supaya kemudahan kolam tadahan ini boleh
dipertimbangkan untuk dinaik taraf dijadikan sebuah pusat rekreasi pada
masa akan datang,” katanya dipetik. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button