Nasional

Tunjukkan k’jaan sedia berkhidmat untuk rakyat- Fadhlina

KETUA Wanita Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Fadhlina Sidek menggesa setiap jentera parti dalam
Kerajaan Perpaduan turun padang bagi menyantuni rakyat.

Jentera semua parti mesti terus santuni rakyat

Fadhlina
yang juga Menteri Pelajaran berkata, langkah itu perlu bagi memastikan
rakyat dapat menerima mesej kesediaan Kerajaan Perpaduan berkhidmat demi
rakyat sekaligus memastikan kemenangan parti dalam kerajaan pada PRN
yang bakal diadakan tidak lama lagi.

“Tujuan kita berhimpun hari
ini adalah untuk memberi gambaran kepada rakyat bahawa kita bersedia
untuk berkhidmat dan memastikan kemenangan PRN di enam negeri.

“Pastikan
puan-puan turun ke akar rumput untuk berjumpa rakyat, ketuk setiap
pintu dan pintu hati rakyat serta berikan jaminan bahawa ini adalah
kerajaan yang terbaik dan paling stabil dalam membina ekonomi rakyat dan
negara,” katanya pada perbahasan dalam bicara wanita Kerajaan Perpaduan
pada Ahad.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal
sementara itu turut berharap jentera-jentera parti dapat menyampaikan
kepada rakyat usaha kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim memastikan kemiskinan dalam kalangan rakyat dinoktahkan.

Ia
termasuk enam rukun dalam konsep Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada
rakyat akan dipinggirkan dalam usaha kerajaan menoktahkan masalah
kemiskinan di negara ini.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button