Nasional

KKM umum 5 insentif naik taraf khidmat kesihatan di T’ganu

 

LIMA INISIATIF bakal dilaksana Kementerian Kesihatan (KKM) bagi menambah baik perkhidmatan kesihatan di Terengganu.

K’jaan usaha tingkat mutu khidmat kesihatan

Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa ketika mengumumkan perkara itu berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sejumlah RM 72.5 juta bagi projek pembangunan baharu fasiliti kesihatan di negeri itu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Antara yang akan dilaksana adalah  Klinik Kesihatan Hiliran di Kuala Terengganu bakal menerima peruntukan RM 17 juta untuk menyiapkan Jabatan Kecemasan dan Pesakit Luar sebagai tambahan daripada peruntukan asal sebanyak RM 15 juta.

Selain itu Klinik Desa Gong Tanah Merah, Klinik Desa Alor Lintah dan Klinik Desa Alor Keladi yang terkesan akibat banjir yang berlaku tahun ini akan menerima peruntukan khas sebanyak RM500,000.

“Hospital Dungun yang diklasifikasi sebagai projek sakit dan merupakan satu projek yang menjadi perhatian KKM akan disiapkan tahun ini dan bakal memberi manfaat besar kepada warga setempat apabila beroperasi kelak.

“Untuk tujuan baik pulih dan naik taraf, sebanyak 53 buah klinik daif menerima peruntukan bernilai RM8.9 juta demi keselesaan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Tambah Ahli Parlimen Sikijang itu, semua inisiatif yang dinyatakan itu bakal meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negeri.

Ia juga merupakan sebahagian daripada reformasi kesihatan yang menjadi tekad beliau selaras dengan pembangunan Kertas Putih Kesihatan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button