Nasional

RM1.7 bilion untuk projek pembentungan seluruh negara – Menteri

SEBANYAK  RM1.7 bilion diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk
membangunkan infrastruktur mampan menerusi pelaksanaan projek
pembetungan di seluruh negara.
NRECC mahu lonjak potensi sektor pembentungan
 Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar
dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata peruntukan
dalam Rolling Plan 3 dibawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu
sebahagian usaha berterusan untuk memodenkan infrastruktur pembetungan
selain menyediakan perkhidmatan pembetungan yang cekap dan berkualiti.
“Pemodenan
sektor pembetungan negara melibatkan proses menaik taraf loji rawatan
kumbahan yang tidak berkesan dan tidak menjimatkan kos serta menutup
loji rawatan bersaiz kecil kerana penduduk dan aktiviti ekonomi yang
berkembang.
“Inisiatif itu juga penting untuk memastikan efluen
yang dilepaskan mematuhi peraturan alam sekitar yang ketat, terutamanya
tentang pencemaran sumber air,” katanya dalam ucapan perasmian
Trenchless Asia 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu yang
teks ucapannya dibacakan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembetungan
Wan Abd Rahim Wan Abdullah.
 
Sementara itu Nik Nazmi berkata potensi sektor pembetungan di Malaysia masih belum dimanfaatkan sepenuhnya.
Justeru
NRECC telah mengambil konsep penyerantauan dalam pembangunan
infrastruktur pembetungan di kawasan bandar berkepadatan tinggi yang
menggalakkan pembinaan loji rawatan kumbahan dengan skala yang sesuai
bagi memenuhi keperluan komuniti lebih besar.
“Tiga produk
sampingan loji rawatan kumbahan sebagai contoh biopepejal, bioefluen dan
biogas, kesemuanya mempunyai potensi ekonomi untuk dikomersialkan ….
Sebagai contoh bioefluen, kerajaan telah meletakkan agenda khusus untuk
menggunakan efluen terawat untuk tujuan tertentu.
“Menerusi
inisiatif ini, kerajaan menyasarkan untuk menghasilkan 1,500 JLH (juta
liter sehari) air tebus guna menjelang 2030, kebanyakannya digunakan
untuk kegunaan yang tidak boleh diminum dan sebagai sumber air
alternatif untuk industri tertentu,” katanya
Beliau turut
memberitahu,  Malaysia ketika ini telah mencapai 85.4 peratus
perkhidmatan pembetungan di bandar-bandar utama dan menyasarkan untuk
mencapai 90 peratus liputan pembetungan menjelang akhir RMK12 pada 2025.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button