Negeri

656 guru Kafa bakal dilantik berperingkat di negeri Selangor

  

SERAMAI 15 orang guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan dilantik di negeri Selangor tahun ini untuk memastikan kualiti pengajaran Islam ditingkatkan.

Syiar Islam di Selangor terus dipertahan

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata ia sebahagian dari 656 guru Kafa yang akan dilantik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) secara berperingkat dalam tempoh lima tahun sehingga 2027.

“Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk menambah guru Kafa bagi memastikan kualiti pengajaran kepada pelajar dapat dikekalkan sambil pengurangan beban atas bahu mereka.

“Dengan itu, sebanyak 656 guru Kafa akan dilantik Jais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun hingga 2027 dengan langkah awal 150 orang dilantik tahun ini,” katanya pada Khamis sebagai mengulas hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. 

Bagi tujuan itu jelasnya, Kerajaan Negeri akan memperuntuk RM14.55 juta untuk menjayakan usaha meningkatkan kapasiti serta keperluan guru di negeri Selangor.

Dalam kenyataan sama, Amiruddin turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan meningkatkan jumlah vaksin pneumokokal yang diberikan secara percuma kepada jemaah haji negeri itu kepada 2,000 dos.

“Sebanyak 1,500 dos telah disediakan secara percuma kepada para Jemaah Haji. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,383 dos telah disuntik dan baki sebanyak 117 dos masih terdapat di Klinik Selcare Unisel.

“Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, Kerajaan Negeri akan menambah Vaksin Pneumokokal warga emas Jemaah Haji Negeri Selangor kepada 2,000, iaitu peningkatan 500 dos yang akan diberikan secara percuma.

“Usaha ini diharapkan membela kesihatan para jemaah yang akan menjalankan ibadah di tanah suci pada tahun ini,” katanya.

Sebagai rekod, Vaksin Pneumokokal adalah tambahan kepada Vaksin Meningokokal yang diwajibkan bagi para jemaah haji. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button