Parlimen

Dasar Perumahan Negara bakal dikaji semula – Akmal Nasir

KERAJAAN PERPADUAN berusaha memenuhi keperluan perumahan setiap lapisan masyarakat termasuk melalui projek perumahan rakyat yang dibina untuk golongan B40.

KPKT mahu semua berpeluang  miliki kediaman
Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Akmal Nasrullah Mohd Nasir, Kementerian itu kini dalam peringkat menilai kembali dasar perumahan negara agar tiada golongan di negara tidak memiliki tempat berteduh.
Langkah itu menurutnya penting bagi memastikan semua rakyat dapat peluang memiliki kediaman mereka sendiri.
“Sebagai contoh projek perumahan rakyat itu dibina untuk bantu kumpulan B40 ada tempat berteduh.
Untuk syarikat PRIMA sebagai contoh, lebih tumpu kepada M40 dan sebagainya, SPMB (Syarikat Perumahan Negara Berhad) kita ada rumah mesra rakyat, bila berlaku perbezaan skim maka mungkin berlaku tidak efisyen.
“Ada kumpulan yang tersisih atau terpinggir. Dari segi holistik, memang ada keperluannya sangat (kaji dasar sedia ada) sama ada dasar kerajaan ini memenuhi keperluan rakyat di bawah,” katanya di Dewan Rakyat.
Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata begitu sebagai jawapan kepada soalan Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing mengenai usaha Kerajaan dalam dasar perumahan di negara ini.
Sementara itu, Akmal mendedahkan tiada sebarang projek perumahan untuk golongan belia yang diumumkan kerajaan terdahulu menerusi inisiatif Perumahan Transit Belia (MyTransit) pada 2018 dan Rumah Transit Belia (RTB) 2021 berjaya dilaksanakan.
“Kedua-dua pengumuman (projek rumah belia) itu tidak berlaku apa-apa, sehingga sekarang kita tiada pun rumah yang seperti diumumkan sebelum ini.
“Februari lepas, kami semak semula (cadangan projek), maka kami perincikan lagi perjanjian dengan syarikat (pembinaan) agar mereka penuhi syarat pendahuluan (CP), agar mereka memikul tanggungjawab memenuhi tuntutan untuk memulakan projek itu,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button