Global

Kerajaan Malaysia lapor polis terhadap individu-individu dakwa waris Sultan Sulu

JABATAN PERDANA MENTERI (JPM) membuat laporan polis terhadap penuntut-penuntut warga Filipina yang mendakwa waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu)

Individu terbabit dianggap ancaman kepada negara
Sekretariat Khas JPM dalam kenyataan memaklumkan, laporan itu difailkan Ketua Pegarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri Khairul Dazimee Daud di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
Ia susulan tindakan pihak terbabit membuat tuntutan dianggarakan melebihi AS$32 bilion melalui Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada Kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 lalu.
Mengambil kira wujudnya elemen sabotaj ke atas ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara, sekretariat juga menyifatkan tuntutan tersebut sebagai satu ancaman kepada keselamatan negara.
“Rentetan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas yang terbabit dalam tragedi pencerobohan di Sabah pada 2013.
“Manakala, salah seorang penuntut iaitu Fuad A. Kiram juga diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April 2023,” menurut kenyataan itu.
 
Melalui kenyataan sama, sekretariat khas itu turut berkata,  penuntut-penuntut juga yang dipercayai bersubahat dengan menyalah guna proses timbang tara antarabangsa.
Susulan laporan dikemukakan, mereka yakin pihak berkuasa akan menjalankan siasatan jenayah terhadap individu terbabit bagi menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button