Nasional

NRECC sasar bentang RUU kecekapan dan konsevasi tenaga tahun ini

KEMENTERIAN Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) menyasarkan untuk membentangkan Rang Undang-Undang Kecekapan dan Konsevasi Tenaga di Dewan Rakyat pada tahun ini.

Usaha kawal kecekapan dan pemuliharaan tenaga

Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, cadangan akta itu antara lain akan mengukuhkan rangka kerja perundangan berkaitan kecekapan dan pemuliharaan tenaga bagi memastikan penglibatan sepenuhnya pelbagai pihak di peringkat institusi dan organisasi.

“Akta itu akan membantu bukan sahaja untuk mengawal kecekapan dan pemuliharaan tenaga tetapi juga membantu pengguna menerima pakai peralatan dan perkakas yang lebih cekap dan mengurus penggunaan tenaga mereka dengan lebih baik untuk mengurangkan pembaziran,” katanya. 

Nik Nazmi sebelumnya menyampaikan ucapan pada Seminar Kepimpinan Kelestarian 2023 di Putrajaya hari Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa pada Mac memaklumkan RUU berkenaan sedang dalam peringkat kajian dan akan dimuktamadkan sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara dan dibentangkan kepada kabinet.

Banyak negara termasuk United Kingdom telah menerima pakai undang-undang yang menghendaki agar penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga yang dapat penurunan konsisten dalam permintaan tenaga di negara itu selama 20 tahun. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button