Nasional

PM nyata hasrat agar Hadis 40 Imam Nawawi diterbit semula

BIARPUN ditohmah dengan pelbagai tuduhan menjelang Pilihan Raya Umum
(PRU) lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membuktikan
bahawa agama Islam  dipertahankan dan kefahaman agama akan terus
diperkasakan.

Anwar mahu kefahaman Islam diperkasa

 Pada Khamis, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu
mengumumkan hasrat kerajaan pimpinanya untuk menerbitkan semula buku
yang menghimpunkan 40 hadis Nabi Muhammad SAW oleh Imam An-Nawawi (Hadis
40 Imam An-Nawawi) untuk diedarkan di seluruh sekolah di negara.

Jelasnya,
hasrat itu timbul selepas menerima penekanan yang diberikan oleh Mantan
Mufti Agung Mesir, Profesor Dr. Ali Jum’ah dalam Muzakarah Ulama-Umara
pada Festival Turath Islami Selangor dihadirnya.
Beliau
menyarankan agar cetakan semula itu dapat dilaksana menerusi kerjasama
Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
“Kita
ambil ikhtiar untuk menerbitkan semula buku dan disampaikan di semua
sekolah untuk memastikan pelajar-pelajar diberikan dengan gambaran
mungkin dengan syarahan yang baik.
“Kalau baca teks hadis saja,
mungkin anak-anak tidak dapat menghadam dengan baik dan kita boleh tanya
pandangan Dr. Ali Jum’ah nanti apakah penyampaian yang boleh
dicadangkan untuk kita terbit (buku) dan edarkan ke seluruh negara,”
katanya pada muzakarah tersebut.
Anwar sementara itu turut
memaklumkan beliau akan terus memanfaatkan kediaman rasmi Perdana
Menteri, Seri Perdana bagi kegiatan penyebaran ilmu dan menyambung
tradisi aqliah yang berteraskan perbincangan dan perbahasan beradab,
berakhlak dan nilai.
“Selain daripada tradisi Rasulullah, saya
baca sejarah ulung Salahuddin Al Aiyub yang banyak fikirkan tentang
penawanan Baitulmuqaddis, tetapi jangan lupa zaman beliau mengimarahkan
masjid sebagai gedung ilmu sepanjang 10 tahun awal
“Jadi, itu
yang mempengaruhi saya dan meyakini bahawa keutamaan kita adalah memberi
kefahaman melalui proses dakwah, pendidikan dan sebaiknya melalui suatu
garis kaedah atau manhaj yang tepat supaya tidak ada usaha
mengelirukan,” jelasnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button