Parlimen

RM500 juta untuk program stabilkan harga minyak masak

KERAJAAN PERPADUAN memperuntukkan RM500 juta bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) pada tahun ini.

Peruntukan meningkat berbanding tahun lalu
Menurut
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),
Fuziah Salleh, jumlah yang diperuntukkan bagi progeram itu meningkat
berbanding hanya RM400 juta bagi tahun lalu.
Jelasnya, jumlah peruntukan untuk menyediakan minyak sawit bersubsidi itu tertakluk kepada harga minyak sawit mentah (cpo).
“Sekiranya harga cpo meningkat maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat.
“Jumlah
peruntukkan yang diperlukan adalah berdasarkan ketetapan dasar bagi
menyediakan sebanyak 60 ribu metrik tan sebulan atau kira-kira 60 juta
paket sekilo, sebulan,” jelas Fuziah di Dewan Rakyat.
Beliau
sebelumnya menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng yang
mahu pihak kementerian menyatakan berapa dana wang dan tan subsidi
minyak masak yang telah diluluskan pada tahun 2022 dan 2023 serta
syarikat diluluskan.
Sementara itu tambah Fuziah, peruntukan
dikemas kini bagi menyediakan kos pada 2022 adalah sebanyak RM2.42
bilion dan pada tahun ini sebanyak RM1.6 bilion tertakluk kepada
pergerakan pergerakan naik turun harga cpo.
KPDN telah melantik 366 syarikat pembungkus di seluruh negara bagi membekalkan minyak masak bersubsidi dalam pasaran.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button