Global

Kerajaan akan terus bantu syarikat tempatan teroka perniagaan global

KERAJAAN akan terus berusaha mengetengahkan kepakaran syarikat Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Kerajaan akan bertindakan sebagai pemudah cara 

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, ia termasuk dengan membuka lebih banyak peluang untuk melibatkan syarikat tempatan dengan projek pembangunan ibu negara Indonesia, Nusantara. 

Melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat, MITI berkata pembangunan di Nusantara itu menawarkan potensi pelaburan, perdagangan dan kolaborasi ekonomi yang lebih luas dalam pelbagai bidang yang harus direbut syarikat dari negara ini. 

Bagi tujuan itu, kerajaan akan memain peranan untuk menjadi pemudah cara dan  mengetengahkan kepakaran syarikat dari Malaysia.

“Kerajaan Indonesia, secara dasarnya, menyambut baik hasrat Malaysia dan mengalu-alukan minat syarikat-syarikat dari Malaysia untuk menyertai pembangunan Nusantara.

“Oleh yang demikian, pihak kerajaan akan terus memudah cara penglibatan syarikat-syarikat tempatan yang mana usaha itu juga akan dapat menyumbang ke arah peningkatan prestasi pelaburan dan perdagangan antara Malaysia dan Indonesia, demi merealisasikan kesejahteraan rakyat di Sabah dan Sarawak dan negara amnya,” jelas kementerian dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen.

Terdahulu Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) bertanyakan perincian mengenai penglibatan syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan dalam pembangunan Nusantara, Indonesia.

Sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8 Januari lepas, sebanyak 10 syarikat Malaysia telah menzahirkan kesungguhan untuk melibatkan diri dalam pembangunan Nusantara dengan penyerahan 11 Surat Niat untuk mengambil bahagian dalam pelbagai sektor.

Ini termasuk dalam bidang perkhidmatan; pembangunan bandar dan hartanah; infrastruktur dan utiliti; perkhidmatan kesihatan; ekonomi digital; pembekalan bahan binaan; perkhidmatan kejuruteraan; dan perkhidmatan sokongan.

Difahamkan, terdapat tambahan empat lagi syarikat Malaysia telah menyatakan hasrat menerusi Surat Niat untuk terlibat dalam pembangunan itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button