Nasional

Siasatan isu dana libatkan PN belum dihentikan – Azalina

SIASATAN berhubung dakwaan dana judi melibatkan Perikatan Nasional (PN) semasa
kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak dihenti atau digugurkan.

Semua pihak diminta jangan terus buat kesimpulan
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi),
Datuk Seri Azalina Othman Said menggesa semua pihak tidak terlalu awal
membuat kesimpulan mengenai siasatan dakwaan dana judi melibatkan
Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Dalam
jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari di
Dewan Rakyat, Azalina menegaskan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) itu tidak dihentikan atau digugurkan.
“Adalah
penting untuk ditegaskan bahawa selain SPRM, terdapat juga
agensi-agensi lain yang bertanggungjawab dan berkuasa termasuk Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk
menyiasat sebarang kesalahan jenayah yang dilakukan oleh mana-mana
entiti.
“Undang-undang Malaysia tidak mempunyai sebarang had masa
untuk memulakan sebarang tindakan atas kes-kes jenayah,” katanya dalam
kenyataan yang dikongsi dalam Twitternya di sini, pada Jumaat.
Azalina
sebelum ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa siasatan SPRM setakat ini
mendapati tiada unsur rasuah termasuk membabitkan sumber dana oleh parti
daripada kerajaan ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
SPRM setakat ini tidak membuka fail pertuduhan memandangkan maklumat diperolehi berhubung dakwaan itu hanya bersifat umum.
Walau
bagaimapun tegasnya,  jika terdapat mana-mana orang yang mempunyai
bukti baharu berhubung perkara ini boleh melaporkan kepada pihak SPRM
dan siasatan dan tindakan lanjut sewajarnya akan dijalankan dengan kadar
segera mengikut lunas undang-undang.
Beberapa pemimpin PN
sebelum ini menggunakan jawapan Azalina di Dewan Rakyat untuk menyindir
pimpinan Kerajaan Perpaduan mengenai dakwaan bahawa PN ada menerima dana
daripada syarikat perjudian bagi kempen PRU15.
Azalina kemudian
tampil menegaskan adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak untuk
mempolitikkan atau memutarbelitkan jawapan bertulis yang diberikan dalam
Dewan Rakyat untuk membuat tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button