Nasional

Perdana Menteri undang warga Sabah hadiri sesi Temu Anwar

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput semua warga Sabah untuk hadir dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada Rabu ini.
Warga Sabah boleh lontar soalan kepada PM

Melalui hantaran di media sosialnya, Anwar yang turut memuat naik poster program berkenaan berkata ia akan diadakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ada jam 4 petang.

Pada program tersebut, golongan muda berpeluang untuk bertanya soalan secara langsung kepadanya.

“Saya ingin menjemput warga Sabah untuk turut serta dalam sesi Temu Anwar yang akan diadakan pada hari rabu ini bersamaan 31 Mei 2023 bertempat di Universiti Malaysia Sabah.

“Sesi Temu Anwar ini memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat terutamanya anak muda untuk bertanyakan apa jua soalan secara terus kepada saya,” kata Anwar menerusi media sosial.

Pada hantaran sama, Anwar memaklumkan pendaftaran untuk menyertai program itu boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button