Nasional

Kerajaan komited pacu aktiviti perniagaan dan pelaburan domestik

  

KERAJAAN tidak hanya berusaha mempercepat pelaksanaan
projek-projek kerajaan malah terus komited meningkatkan aktiviti
perniagaan dalam negara dan menyokong pelaburan langsung domestik.

Kerajaan ambil langkah proaktif tarik pelabur
Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pentadbirannya mengambil
beberapa langkah memudahkan kelulusan aktiviti perniagaan termasuk dalam
isu permohonan berkenaan ekspatriat berkemahiran, dalam usaha
menggalakkan pertumbuhan domestik.
 
“Kerajaan telah mengambil
pelbagai langkah untuk memangkin dan menarik pelaburan berkualiti tinggi
yang akan menghasilkan hubungan dengan para usahawan tempatan dan
peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.
“Ini termasuk langkah
Belanjawan 2023 untuk menyokong Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
khususnya melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan dan jaminan
bernilai RM40 bilion,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan
Kementerian Kewangan pada Selasa.
Kenyataan itu susulan sesi
dialog dihadirinya dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan
ahli ekonomi berhubung langkah-langkah untuk memperkukuh pemacuan
pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan domestik.
Pada
pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, petunjuk awal indikator ekonomi
memperlihatkan dasar fiskal kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah
membuahkan hasil meskipun menghadapi pelbagai cabaran.
Malaysia
jelasnya mencapai pertumbuhan Suku Pertama (S1) 2023 yang
memberangsangkan sebanyak 5.6 peratus (berbanding unjuran 2023 sebanyak 4
peratus hingga 5 peratus) dan mengurangkan kadar pengangguran kepada
3.5 peratus (berbanding 5.2 peratus pada Mei 2020).
Selain itu,
jumlah pelaburan yang diluluskan pada S1 2023 mencecah RM71 bilion,
meningkat 60 peratus daripada RM45 bilion pada S1 2022.
 
“Ia
disokong oleh minat pelaburan yang tinggi daripada, antaranya, Amazon
Web Services, Tesla EV, Geely / Proton Automotive City di Tanjung Malim
dan Ronsheng Petrochemicals di Pengerang.
“Pengesahan penarafan
kredit oleh Fitch dan Moody’s masing-masing pada Februari 2023 dan April
2023 mencerminkan keyakinan mereka terhadap iltizam kerajaan untuk
mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi walaupun di tengah-tengah
situasi global yang sangat mencabar,” katanya.
Sesi dialog
berkenaan disertai dewan perniagaan seperti Dewan Perniagaan dan
Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Dewan Perniagaan Melayu
Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina
Malaysia (ACCCIM) dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India
Malaysia (MAICCI) dan institusi kewangan.
Pada sesi itu juga
Anwar turut menekankan komitmen kerajaan dalam memacu pertumbuhan yang
inklusif dan mampan, memulihkan keyakinan terhadap institusi awam dan
tata kelola serta menegakkan keadilan sosial untuk semua rakyat, selaras
dengan visi Malaysia MADANI.
Justeru, katanya, kumpulan
perniagaan turut dipelawa untuk mengemukakan inputdan cadangan berhubung
rancangan ekonomi yang bakal dibentangkan itu.
Orang ramai juga
boleh berkongsi cadangan berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan
lagi ekonomi negara melalui segmen “Suarakan Pendapat Anda” di lawan web
rasmi Kementerian Kewangan, tambahnya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button