PM Anwar menghadap Sultan Mizan
PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi beberapa keping gambar ketika sekitar sesi menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Pertemuan diadakan di Putrajaya |
Menerusi catatan di laman Facebook, Anwar menjunjung kasih kepada Sultan Mizan atas perkenan baginda menerima beliau menghadap tengah hari tadi semalam.
Menurut Anwar, pada sesi menghadap itu, beliau menyembah maklum perkembangan terkini berhubung pembangunan negara dan negeri Terengganu khususnya kepada baginda Sultan.
Melalui catatannya juga, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu turut mendoakan semoga Sultan Mizan serta seluruh Kerabat dilimpahi rahmat hidayah dan berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan,” tulisnya.
Ini adalah kali kedua Anwar menghadap Sultan Mizan selepas mengangkat sumpah jawatan pada 24 November tahun lalu. Kali pertama adalah pada 12 Januari lalu di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.