Nasional

Rakyat diseru semai kefahaman terhadap kepelbagaian kaum

KEFAHAMAN terhadap kepelbagaian budaya dalam negara mesti terus dilaksanakan.

Kepelbagaian budaya wajar jadi kekuatan Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada masyarakat Sabah dan Sarawak berkata, perkara itu penting dalam menjelmakan rasa cinta dan kasih sayang sekaligus memperkukuhkan kerukunan antara masyarakat.

Justeru tambahnya, semua usaha-usaha demikian wajar terus didukung masyarakat berbilang kaum dan budaya dalam negara ini.

“Dalam kesempatan sama, saya ingin menyatakan penghargaan kepada sekumpulan masyarakat Borneo yang baru-baru ini berarak dalam pakaian tradisional mereka di ibu kota dalam usaha mengetengahkan serta menggariskan budaya masyarakat Borneo yang tentunya membentuk aspek kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan dan Gayu Guru Gerai Nyamai kepada seluruh masyarakat Sabah dan Sarawak,” kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dalam hantaran di media sosialnya.

Pesta Kaamatan yang juga dikenali sebagai Pesta Menuai disambut masyarakat Kadazandusun di Sabah pada Selasa dan Rabu. 

Ia sebagai tanda kesyukuran selepas berakhir musim menuai.

Pada 20 Mei lepas, lebih seratus peserta ‘Borneo Native Festival’ mengadakan perakan lengkap berpakaian tradisonal dari Sabah dan Sarawak di sekitar Pasar Seni di Kuala Lumpur. 

Ia  bagi memberi lebih pendedahan tentang kaum dan budaya yang terdapat di kedua-dua negeri itu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button