Nasional

PM arah projek rakyat yang tertangguh dilaksana segera

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua projek rakyat yang sudah diputuskan dan diumumkan, dilaksanakan segera.

Langkah memastikan projek rakyat disegerakan

Sehubungan itu beliau mengeluarkan arahan kepada semua ketua-ketua Jabatan kerajaan meneliti mana-mana projek yang diluluskan manum belum dilaksanakan atau tertangguh.

Tambahnya, perkara itu telah disampaikannya kepada Jemaah Menteri selain perbincangannya di Kementerian Kewangan serta bersama ketua setiausaha negara.

“Saya menggesa minggu ini semua jabatan lihat apa yang diluluskan, apa yang mula dilaksanakan, apa yang belum dilaksanakan, apakah kerana peruntukan tidak sampai, apakah ditugaskan kementerian-kementerian lain,” kata ketika berucap pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bulan Jun, di Putrajaya pada Isnin. 

Sementara itu tambah Anwar,  projek-projek prasarana kecil seperti membaiki sekolah daif yang ketika kini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) akan dipindahkan ke jabatan lain atau pejabat daerah bagi memastikan pembangunan prasarana dapat dipercepatkan.

“Saya ada bincang dengan Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi mengenai projek sekolah daif, klinik daif atau baiki tandas sekolah, ia tidak perlu dibebankan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) yang ada tanggungjawab lebih besar, ia boleh dipindahkan ke jabatan atau pejabat daerah.

“Projek-projek seperti tandas sekolah, parit tepi rumah, pagar masjid runtuh, semua itu bagi penduduk sangat penting termasuk penyaluran banturan STR dan e-Kasih itu saya bagi arahan disegerakan,” tambahnya. 

Kata Anwar,  peranan jentera kerajaan di peringkat bawah sangat penting supaya hal-hal berkaitan masalah rakyat di lapangan dapat disampaikan ke peringkat kementerian untuk tindakan segera diambil.

Justeru beliau sendiri akan turun berjumpa dengan semua pegawai daerah untuk meminta mereka menjalankan tugas pelaksanaan di bawah termasuk penyaluran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan e-Kasih supaya ia turut disegerakan.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button