Nasional

Tajaan KPA bidang perubatan, pergigian dan farmasi diteruskan – PM

PROGRAM biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi pelajar dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi akan diteruskan.

PM umum program biasiswa diteruskan 

Perdana
Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu tersebut telah
dibincangkan pada perjumpaan khas bersama JPA baru-baru ini dan beliau
dimaklumkan bahawa keputusan untuk menghentikan biasiswa itu ialah
“dasar lama”.

“Saya telah minta untuk dikaji semula berdasarkan unjuran kita, dan keperluan sektor perubatan, pergigian dan farmasi.

“Jadi
maknanya program biasiswa JPA untuk sektor ini akan diteruskan,”
katanya menjawab pertanyaan dalam Program Temu Anwar di Dewan Tuanku
Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada Ahad.

Media
sebelum ini melaporkan, tajaan JPA dalam tiga bidang pengajian itu
dihentikan berikutan bekalan pegawai perubatan akan mengalami kebanjiran
mulai tahun 2026 hingga 2030.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana
Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan
Mohd Ali, Laporan Petunjuk Kesihatan 2022 melaporkan bahawa pencapaian
nisbah jumlah keperluan tenaga kerja perubatan seluruh negara kepada
jumlah populasi penduduk sehingga Disember 2021 adalah 1:420 dan
dijangkakan nisbah 1:400 akan dapat dicapai pada 2025.

Bagaimanapun
semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas merasmikan Majlis
Kajian Global Adults Tobacco Survey (GATS) di Port Dickson memaklumkan
kajian itu perlu diteliti semula memandangkan mungkin ada perkara baharu
yang perlu diteliti semula pada kajian tersebut dan mungkin pada polisi
baharu.

Dr Zaliha juga menjelaskan kementerian bimbang jika
program biasiswa itu dihentikan akan menyebabkan pelajar tidak berminat
untuk menyambung pelajaran dalam bidang berkenaan. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button