Nasional

ESH ditambah, k’jaan ringankan beban pelajar tajaan JPA

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mengumumkan berita
gembira buat pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kerajaan cari jalan bantu semua kumpulan
Melalui
satu kenyataan, Anwar yang juga Menteri Kewangan memaklumkan kerajaan
telah bersetuju bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) pelajar
tajaan JPA bagi peringkat persediaan hingga Ijazah Lanjutan bagi
pengajian dalam dan luar negara.
Tambah beliau, ia membabitkan
kenaikan 15 peratus kadar ESH bagi pelajar tajaan JPA di luar negara
kecuali kepada pelajar Ijazah Pertama di United Kingdom (UK) (telah
dinaikkan pada 7 November 2022.
Ini termasuk kenaikan RM100 kadar ESH sebulan bagi pelajar tajaan JPA di dalam negara mengikut peringkat pengajian.
“Kenaikan
kadar ESH ini merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menangani
kenaikan kos sara hidup yang tinggi khususnya pelajar-pelajar B40 yang
tinggal di bandar-bandar besar negara pengajian,” katanya.
Menurut
kenyataan sama, sebanyak 43,595 orang pelajar bakal mendapat manfaat
itu dengan kerajaan akan menaggung implikasi kewangan dengan anggaran
RM52.03 juta bagi tempoh enam bula mulai bulan hadapan.
“Inisiatif
semakan semula kadar ESH ini akan membolehkan pelajar-pelajar tajaan
kerajaan memberi fokus kepada pencapaian kecemerlangan akademik tanpa
memikirkan bebanan kewangan pengajian.
Pada masa sama, beliau
berkata, bantuan ini bagi memastikan memastikan penawaran penajaan
kerajaan adalah kekal releven dan berprestij.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button