Nasional

Keperluan sebenar tenaga kerja kesihatan bakal dikaji semula – KKM

DALAM  usaha memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diberi secara
berkesan kepada rakyat, Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan
kajian baharu memata dan menganjur taburan dan keperluan anggota
kesihatan.

Kajian keperluan tenaga kerja akan dijalankan
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata kajian itu akan
menyemak keperluan sebenar pelbagai kategori sumber manusia, dan akan
mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan pada 2016 dan
keperluan kesihatan rakyat.
Kajian itu juga tegasnya “akan
menjadi ‘evidence-base (himpunan bukti) ke arah penyediaan pelan
implementasi bagi strategi-strategi di dalam Kertas Putih Kesihatan.
“Pelan
jangka panjang ini untuk memastikan penduduk mendapat akses kepada
perkhidmatan kesihatan yang lebih baik,” kata Ahli Parlimen Sikijang itu
dalam kenyataan.
Sementara itu menurut beliau, kajian baharu ini
menyusuli kajian terdahulu yang menunjukkan unjuran bekalan pegawai
perubatan akan mengalami ‘kebanjiran’ mulai 2026 hingga 2030.
Menurutnya, kajian itu berdasarkan data dari 2008 hingga 2015 kurang menggambarkan situasi semasa.
Tegasnya,
perancangan tenaga kerja kesihatan secara efektif harus mengambil kira
keperluan kesihatan akibat pertambahan penduduk, penuaan masyarakat,
peningkatan beban penyakit, dan juga kesiapsiagaan dalam menghadapi
bencana kesihatan.
“Sekiranya berlaku kekurangan tenaga kerja
kesihatan, ia berpotensi menjejaskan kualiti perkhidmatan kesihatan
serta menimbulkan beban kerja berlebihan kepada pekerja kesihatan yang
sedia ada.
“Oleh itu, KKM memberi penekanan terhadap perancangan
sumber manusia yang holistik dan strategik bagi memastikan bekalan
pekerja kesihatan adalah mencukupi,” jelasnya.  

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button