Nasional

Anak muda dijemput hadir program ‘Temu Anwar’ Kelantan

ANAK MUDA sekitar Kelantan dijemput untuk hadir ke sesi Temu Anwar yang
akan berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada Ahad.

Peluang bertemu dan tanya soalan kepada PMX
Anwar
Ibrahim Club (AIC) menerusi catatan di Facebook berkata, orang ramai
boleh membuat pendaftaran untuk menghadiri sesi itu menerusi laman web www.temuanwar.com.
Menurut AIC, program berkenaan merupakan wadah wacana dialog bersiri anak muda yang
dijalankan secara santai bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
“Pada kali ini, Temu Anwar akan ke negeri Cik Siti Wan Kembang Kelantan Darul Naim dan UMK akan menjadi tuan rumah.
“Temu
Anwar ini diadakan khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja
terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepada Perdana
Menteri dan disiarkan secara langsung,” kata AIC.
Berdasarkan
poster dalam hantaran itu, sesi berkenaan dijadualkan berlangsung pada
1.30 petang di Dewan Tuanku Canselor UMK, Bachok, Kelantan.
Program berkenaan yang bermula sejak 2009 terus mendapat sambutan sehingga kini, pada sesi di Sabah dan Pulau Pinang sebelum ini, ia dihadiri ribuan anak muda.
-AA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button