Nasional

Dr Zaliha beri jaminan kadar fi kesihatan tak dinaikkan sewenangnya

MENTERI KESIHATAN Dr Zaliha Mustafa memberi jaminan kadar fi di
klinik dan hospital kerajaan tidak akan dinaikkan sewenang-wenangnya.

Semua cadangan akan diteliti dengan rapi
Mengulas
langkah penstrukturan semula kadar fi di fasiliti penjagaan kesihatan
awam yang dicadangkan dalam Kertas Putih Kesihatan , beliau turut
menegaskan penstrukturan itu tiada akan dilaksana secara tergesa-gesa.
Sebaliknya
cadangan tersebut akan diteliti secara rapi dan telus dengan
membabitkan libat urus dengan semua pihak berkepentingan, sebelum
dipertimbang untuk dilaksanakan bagi memastikan ia tidak memberi kesan
kepada golongan tidak berkemampuan.
“Sebarang perubahan struktur fi bukanlah sesuatu yang akan dijalankan dengan segera dan sewenang-wenangnya.
“Paling
penting ialah memastikan rakyat, terutama golongan tidak berkemampuan
dan golongan rentan tidak terkesan, selain akses kepada perkhidmatan
kesihatan mereka akan terus dapat dinikmati,” katanya ketika menggulung
usul Kertas Putih Kesihatan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Usul
Kertas Putih Kesihatan itu diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat
sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara selepas dibahaskan
oleh 28 Ahli Parlimen selama hampir empat jam.
Dokumen setebal
57 halaman itu menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi
kesihatan bagi mewujudkan satu sistem kesihatan yang memfokuskan kepada
perkhidmatan pencegahan dan promotif supaya rakyat kekal sihat dan
sejahtera.
Ia menggariskan  strategi reformasi kesihatan negara untuk 15 tahun akan datang
Sementara
itu, Dr Zaliha memberi jaminan fasiliti kesihatan kerajaan yang
diberikan autonomi akan kekal di bawah pemilikan KKM sebagai organisasi
tidak berasaskan keuntungan dan tidak akan diswastakan.
Jelasnya,
tujuan utama pemberian autonomi kepada fasiliti KKM adalah untuk
memberi fleksibiliti kepada fasliti berkenaan dari segi pengurusan,
membolehkan persaingan sama rata antara sektor awam dan swasta serta
membolehkan integrasi perkhidmatan kesihatan yang lebih menyeluruh. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button