KDN akan bertemu PM, bincang usaha kekang aktiviti judi haram – Saifuddin
PIHAK BERKUASA polis perlu diberi ruang menyusun strategi bagi menjalankan siasatan berhubung kegiatan perjudian haram dalam talian dinaungi pemimpin politik.
Kerajaan mahu ketat akta, kekang judi |
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data dan maklumat tepat yang dikumpul unit risikan pihak berkuasa bukan satu maklumat yang boleh dihebahkan kepada umum.
Namun tegasnya, apa yang didedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini (pemimpin politik terlibat) adalah benar-benar berlaku.
“Jawapan saya di Parlimen bukan bermaksud perkara itu tidak berlaku, jawapan saya afirmatif.. ada (berlaku).
“Apa maksud naungan politik, maksudnya wujud elemen perlindungan, pengaruh dan itu beri kesan kepada polis sebagai badan penguat kuasa terbesar dalam negara, akan ada elemen rasuah dan suapan. Jadi adakah polis ada maklumat? Jawapannya ada, dalam radar.
“Sebab itu mengumpul data yang tepat membolehkan kita membuat tindakan bersasar dan itu bukan satu maklumat yang kita boleh hebah secara umum, ia akan menjejaskan kerja dilakukan polis yang ada unit risikan,” katanya dipetik laporan media.
Saifuddin sewaktu sesi Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Khamis mengesahkan wujud elemen naungan politik ke atas aktiviti perjudian haram itu.
Ketika menjawab soalan Datuk R Ramanan (PH-Sungai Buloh) beliau berkata sogokan diberikan sindiket yang mengaut keuntungan sekitar RM200 juta seminggu kepada ‘tuan politik’ agar tindakan tidak diambil.
Elemen berkenaan jelasnya telah menjadi kekangan terbesar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PRDM) dalam usaha membanteras kegiatan itu.
termasuk dengan mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri supaya
beberapa pindaan terhadap Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Akta
Pertaruhan 1953 pada 2019 dapat dibuat segera.
polis juga kini sedang menyemak jika wujud kelulusan baharu lesen
perjudian yang membabitkan orang politik tertentu,” tambahnya.