Negeri

K’jaan negeri selesai 98 projek perumahan tertangguh di Selangor

PRESTASI cemerlang Selangor bawah Pakatan Harapan (PH) telah berjaya
menyelamatkan 98 daripada 181 projek perumahan terbengkalai di negeri
itu.

Kerajaan Selangor terus usaha makmurkan negeri
Exco Perumahan Selangor Rodziah Ismail berkata jumlah itu direkodkan sejak gabungan itu mengambil alih kerajaan negeri sehingga kini
Beberapa
faktor termasuklah projek tidak menepati piawaian dan masalah sistem
saliran telah berjaya diselesaikan sekaligus memberi kelegaan kepada
pembeli kediaman terbabit.
“Isu (terbengkalai) ada banyak
kategori antaranya berpunca daripada kontraktor lari, kadang ada yang
sudah siap tetapi tidak mendapat kelulusan CCC (Sijil Penyiapan dan
Pematuhan).
“Alhamdulillah, dengan adanya penubuhan Jawatankuasa
Kecil Pemulihan Projek Terbengkalai di peringkat pihak berkuasa tempatan
(PBT) pemulihan dan penyelesaian bagi isu ini dapat dipantau secara
berterusan,” katanya dalam satu sidang media.  
Beliau sebelumnya hadir merasmikan majlis penyerahan projek Skim Ceria di Pangsapuri Bukit Tinggi 1 di Klang.
Sementara
itu , Rodziah yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata satu dasar perlu
dirangka bagi memastikan isu perumahan terbengkalai dapat diselesaikan
tanpa menjejaskan pembeli.
“Saya pernah mengusulkan di Parlimen
sekiranya ada projek terbengkalai perlunya ada intervensi dengan Bank
Negara atau mana-mana bank berkaitan untuk pembeli tidak meneruskan
pembayaran yang sepatutnya dibayar setiap bulan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button