Nasional

PDRM, SPRM kongsi maklumat kes naungan politik lindungi judi dalam talian

PIHAK BERKUASA Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM) sedang bekerjasama berkongsi maklumat bagi menentusahkan aktiviti
perjudian dalam talian di negara ini yang melibatkan pihak politik.

Ketua
Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM telah
menerima maklumat terdapat penglibatan pihak politik dalam aktiviti judi
online.

PDRM ulang komitmen benteras judi haram

“Kini, PDRM dan SPRM sedang berkongsi maklumat siasatan
bagi menentusahkan dan menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara
tersebut.
“Oleh demikian, PDRM mengulangi komitmen tidak akan
membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan
negara serta segala langkah yang diambil adalah berteraskan
undang-undang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Acryl
membuat kenyataan itu selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan terdapat ‘naungan politik’ yang
melindungi pengendali platform perjudian dalam talian di negara ini
semasa sesi persidangan Parlimen baru-baru ini.
Saifuddin berkata
perkara itu menjadi kekangan terbesar kepada Kementerian Dalam Negeri
(KDN) dan PDRM dan kerajaan  membanteras kegiatan berkenaan daripada
terus berleluasa dan bermaharajalela di negara ini.
Dalam
perkembangan berkaitan, Saifuddin yang juga Ahli Dewan Negara
memaklumkan  pindaan perlu dibuat segera dalam Akta Rumah Judi Terbuka
1953 dan Akta Pertaruhan 1953 agar pengendali platform berkenaan boleh
dihadapkan ke muka pengadilan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button