Nasional

Enrolmen murid prasekolah ditingkatkan untuk tangani keciciran – KPM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM) menyasarkan untuk meningkatkan enrolmen murid prasekolah kepada 90 peratus berbanding 80 peratus ketika ini, kata Menterinya,Fadhlina Sidek. 

Satu lagi langkah awal atasi isu keciciran murid

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri program Sesi Motivasi bersama Cikgu Menteri, di Alor Setar baru-baru ini, beliau menjelaskan usaha itu sebagai langkah awak mengekang keciciran pelajar sekolah rendah dan menengah.

Untuk itu jelas Fadhlina, KPM akan membuka lebih banyak prasekolah selain melakukan kempen advokasi kepada ibu bapa untuk menggalakkan mereka menghantar anak-anak ke prasekolah bagi mendapatkan pendidikan awal.

“Enrolmen prasekolah (ketika ini) adalah sekitar 80 peratus, sekolah menengah lebih kurang 78 peratus jadi agak rendah berbanding dengan sekolah rendah yang kita wajibkan itu iaitu pada kadar 98 peratus.

“Jadi kita ada dua segmen pelajar yang perlu kita beri tumpuan enrolmennya iaitu prasekolah dan juga sekolah menengah,” katanya.

Beliau berkata, antara faktor kadar enrolmen prasekolah rendah adalah disebabkan kemiskinan iaitu ibu bapa tidak mampu menghantar anak mereka ke prasekolah, selain kekurangan kelas prasekolah yang sedang ditangani di peringkat kementerian.

Mengulas mengenai keciciran di peringkat sekolah menengah, beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) mewajibkan pendidikan di peringkat sekolah menengah yang akan dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi dijangka dapat memastikan pelajar kekal bersekolah sehingga tamat tingkatan lima.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button