Semasa

PM Anwar santuni warga TUDM, beri tumpuan tingkat infra dan kebajikan

PERDANA MENTERI Datuk Seri Anwar Ibrahim menyantuni warga Pangkalan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Pulau Pinang sempena
Hari Ulang Tahun TUDM ke-65 sambil menyampaikan sumbangan.

PM nyata penghargaan buat anggota tentera
Menurut
Anwar, sumbangan tersebut adalah bagi pesakit kronik berjumlah RM20,700
dan kecemerlangan akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022
berjumlah RM3,600.
Beliau turut menghargai warga TUDM dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang telah memberikan komitmen tinggi
dalam menjaga keamanan serta keselamatan rakyat dan negara.
“Kerajaan
Perpaduan akan memberi tumpuan kepada pembinaan rumah penjawat awam
termasuk tentera dan membaiki kerosakan kediaman sedia ada mulai tahun
depan.
“Namun, jika ada dana berlebihan, pihak kerajaan akan
segerakan langkah membaik pulih rumah tentera yang sangat memerlukan,
Insya-Allah,” katanya menerusi Facebook, semalam.
Pada masa yang
sama, Anwar ketika berucap di Majlis Ramah Mesra itu turut menegaskan
bahawa Kerajaan Perpaduan akan memastikan tiada campur tangan ahli
politik berhubung perolehan aset ketenteraan negara ini.
Menurutnya,
perolehan aset ketenteraan perlu diputuskan sendiri oleh pihak
ketenteraan yang terbabit bagi memastikan kesiapsiagaan dasar pertahanan
negara sentiasa kukuh.
“Saya sudah bagi arahan sangat jelas
kepada semua ketua pengurus masing-masing termasuk panglima tentera,
darat, udara, laut dan Panglima Angkatan Tentera (PAT).
“Kalau
nak beli kapal, senapang, biar ambil keputusan profesional daripada
bahagian masing-masing… orang-orang politik, ejen-ejen luar jangan
masuk campur.
“Apabila ia sudah diputuskan, kita akan bincang
dengan Kementerian Kewangan mengenai kos (pembelian) dan kita runding
terus antara kerajaan-kerajaan untuk mengelakkan ketirisan,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button