Umat Islam diseru’ gali’ semula karya ulama silam
UMAT ISLAM di negara ini diseru untuk ‘menggali’ semula karya ulama silam seperti warisan ulama, Syeikh Daud Abdullah al-Fatani.
Karya agung beri pencerahan kepada rakyat |
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi kenyataan di Facebooknya berkata, karya tersebut yang menyentuh tentang kepemimpinan dan keadilan telah menarik perhatiannya ketika berada di dalam penjara.
Ujarnya, karya itu membahaskan perihal solat, berjudul ‘Munyatul Musalli’ (impian orang yang bersolat) pada bab yang terakhir dalam kitab iaitu ‘Tatmīm al-Fā’idah’.
“Sebelum ini juga saya telah meluncurkan Karya ‘Sayr al-Salikin’ yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. Karya tulisan Syeikh Abdus Samad Al Falimbani boleh dianggap sebagai sebuah ensiklopedia tasawuf di rantau ini.
“Ia mengulas mengenai pemikiran tasawuf Al-Ghazali dan tasawuf-falsafah Ibn. Arabi dengan menggambarkan wacana tingkat tinggi pemikiran Islam yang juga menjadi bacaan institusi pondok.
“Karya agung atau kitab yang berkaitan boleh dikupas dalam memberikan pencerahan kepada masyarakat awam dalam memahami Islam dengan perspektif yang lebih luas,” katanya.