Semasa

Umat Islam sambut Aidiladha pada 29 Jun ini

UMAT ISLAM di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 29 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1444 Hijrah.

Cerapan dibuat di 29 lokasi

Perkara tersebut dimaklumkan Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman pada Ahad bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.  

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka saya bagi pihak Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia dengan ini mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1444 Hijrah ialah pada hari Selasa 20 Jun 2023 Masihi.

“Oleh yang demikian, Hari Raya Korban 10 Zulhijah bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Khamis, 29 Jun 2023 Masihi. Sekian,” katanya menerusi pengumuman rasmi yang disiarkan di saluran televisyen tempatan.

Sebelumnya,sesi pencerapan dijalankan di 29 lokasi di seluruh negara pada petang Ahad. 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button